Monday, 27 April 2015

PENGGANAS

Individu Yang Di Tangkap Serta Barang Rampasan

PENGGANAS

Saya membaca dengan teliti komen pengguna media sosial terhadap kejayaan PDRM menangkap 12 lelaki yang disyaki sedang merancang meletupkan beberapa kawasan strategik termasuk Putrajaya dalam siri serbuan di kaki Gunung Nuang semalam.

Ramai yang menyindir, memperleceh malah tak kurang juga yang menuduh pihak Special Branch (SB) melalui unit elit mereka di Bahagian Counter Terrorism hanya mengada-adakan cerita untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa ketika ini.

Saya hanya mampu bersimpati terhadap mereka yang berfikiran demikian. Pengalaman saya yang lebih 10 tahun bertugas sebagai wartawan jenayah dulu sudah cukup membuatkan saya 'gerun' dan 'takut' dengan mereka yang berfikiran sempit sebegini. Ini kerana mereka tidak sedar akan bahaya yang boleh berlaku jika pihak SB gagal bertindak awal seperti mana operasi semalam.

Kalau anda lupa, saya nak imbas satu peristiwa pada 18 Mei 2001 di Southern Bank Petaling Jaya. Segala-galanya bermula pada tarikh itu apabila pengawal keselamatan bank tersebut, Abdullah Mahmood berjaya menggagalkan cubaan rompakan di bank itu dengan menembak mati salah seorang daripada empat perompak. Dua parah dan salah seorang yang parah mati seminggu kemudian.

Anda nak tahu siapa antara perompak yang ditembak itu - saya ingat lagi namanya sampai sekarang. Dia adalah Adnan Mohd Daud, seorang graduan kejuruteraan dari University Texas, USA. Rakan keempat yang menunggu di luar bank tersebut berjaya melarikan diri tetapi dapat ditangkap di rumah keluarganya di Temerloh beberapa hari kemudian. Rupanya mereka menganggap rompakan itu 'halal' kerana tujuan mereka semata-mata untuk mengumpul dana bagi tujuan 'jihad'!

--------------------
Dalam sebuah rencana tulisan Baharom Mahussin, maklumat Bukit Aman menunjukkan Adnan sendiri merupakan orang yang disyaki turut terlibat dalam pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Joe Fernandez pada 4 November 2000.

" Ahli politik beragama Kristian itu dibunuh di dalam keretanya di satu simpang oleh lelaki bermotosikal yang bersenjatakan pistol. Lelaki itu melepaskan tiga das tembakan di kepala dan badan Joe Fernandez. Kematian Adnan dan penangkapan rakan-rakannya telah membongkar kewujudan sebuah pertubuhan pengganas Islam yang dipanggil Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia (KMM).

" Dua minggu selepas kes di Southern Bank itu, polis mengumumkan kumpulan itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa. Ahli-ahli kumpulan itu yang aktif menjual minyak wangi dari Timur Tengah mengambil kesempatan daripada urusan mengimport haruman tersebut untuk berhubung dengan pertubuhan pengganas antarabangsa.

" Siasatan polis menjumpai selaras raifal automatik M16, sejumlah besar bahan letupan, peluru dan pelbagai peralatan tentera serta bahan kimia di sebuah rumah di kawasan Puchong, Selangor. "

------------------------------

Saya menjadi saksi kerana antara wartawan yang terlibat membuat liputan pasca operasi tersebut.

Tolonglah, kita boleh bergaduh pasal GST, boleh berbeza pendapat mengenai KWSP atau apa saja isu yang membelenggu kehidupan kita tetap tolong jangan sama-sekali bertolak ansur dengan KESELAMATAN NEGARA. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah, andai itu dah terjadi, semuanya tidak lagi membawa sebarang erti.

Adakah kita nak tunggu apa yang terjadi di Lahad Datu kembali berulang di Kuala Lumpur atau Putrajaya baru kita nak bertindak?

Terserahlah...anda boleh menafikan atau turut sama memperlecehkan tulisan ini tapi ingat, Allah beri kita akal untuk berfikir dan bukannya untuk mengagungkan sentimen dan persepsi. Bom dan peluru tak bermata saudaraku, Nauzubillah!

Monday, 20 April 2015

16 Tempat ‘Berhantu’ Paling Menarik Untuk Di Lawati

Kali ini kami bawakan anda melawat tempat-tempat yang boleh dikatakan paling menarik untuk di lawati, sunyi dan tidak berpenghuni.

Walaupun pada binaannya dan kawasan sekeliling yang dianggap indah dan menenangkan tetapi, mustahil bagi manusia untuk mendiami tempat-tempat sebegini.

Mungkin kerana suasana di kawasan tersebut begitu menyeramkan, dan oleh kerana itulah ia dianggap sebagai tempat ‘berhantu’ oleh masayarakat setempat.

Pun begitu kawasan ini menjadi sumber modal bagi mereka yang bergelar jurugambar kerana tempat-tempat sebegini menghasilkan suatu panorama yang begitu indah buat mereka yang meminati fotografi.

Dipetik dari perkongsian sebuah blog, kami paparkan 16 tempat ‘berhantu’ paling cantik di dunia. Ikuti artikel sepenuhnya di bawah:

1. Kolmanskop, Namib Desert



Merupakan sebuah bandar ‘berhantu’ di sebuah gurun pasir di selatan Namibia. Bandar ini adalah bandar tinggalan sebuah perkampungan perlombongan setelah dilanda ribut pasir.


2. Dome house, Southwest Florida


Dibina pada tahun 1981 di Naples Florida untuk tujuan pelancongan, namun terbiar akibat masalah kewanagan yang dihadapi oleh pemiliknya.


 3. SS Aryfield, Homebush Bay, Australia


Merupakan bekas kapal pengankut yang digunakan semasa perang dunia kedua.


4. Wonderland Amusement Park Outside Beijing, China.


Wonderland adalah projek taman tema yang dibina tidak jauh dari Beijing. Ia direka untuk menjadi taman tema terbesar di Asia yang diinspirasikan oleh taman tema Disneyland, namun terbengkalai akibat krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1998.


5. Fishing Hut, Germany


Pondok tinggalan ini terletak di taman negara Berchtesgaden, Jerman.


6. Holland Island,Chesapeake Bay


Perkampungan nelayan dan petani yang ditinggalkan disebabkan hakisan tanah pada pulau ini.
 
 
7. The Kerry Way walking path in Ireland
 
 
Merupakan bekas laluan sepanjang 214 Km diantara Sneem dan Kenmare di Ireland.
 
 
8. Pripyat, Ukraine
 
 
Merupakan sebuah bandar usang yang sunyi dan menyeramkan berdekatan dengan loji nuklear Chernobyl.
 
 
9. Kalavantin Durg near Panvel, India
 
 
 
 
10. The Maunsell Sea Forts, England
 
 
 
Merupakan menara kawalan yang dibina bagi mempertahankan United Kingdom ketika perang dunia kedua.
 
 
11. Sunken Yacht, Antartica
 
 
Sebuah kapal persiaran Brazil yang karam di perairan Antartika disebabkan tekanan ais dan ribut.
 
 
12. 1984 Winter Olympics bobsleigh track in Sarajevo
 
 
 
 
13. Craco, Italy
 
 
Merupakan tinggalan perkampungan medieval yang dikosongkan setelah banyak kejadian gempa bumi di kawasan ini.
 
 
14. Russian military rocket factory
 
 
 
 
15. Abandoned City of Keelung, Taiwan
 
 
 
16. El Hotel del Salto, Colombia
 
 
Merupakan bekas tinggalan hotel mewah yang dibuka pada 1928 untuk para pelancong yang ingin melihat air terjun Tequendema(setinggi 157 meter). Ia ditutup setelah sungai di kawasan tersebut tercemar pada tahun 90-an.
 

Thursday, 9 April 2015

KEMALANGAN WANITA BERPURDAH SAMPAI AJAL AURAT TERJAGA



KEMALANGAN WANITA BERPURDAH SAMPAI AJAL AURAT TERJAGA| Satu kemalangan yang menimpa wanita berpurdah berlaku di Lebuhraya Plus KM 298 Bangi arah KL pada pagi tadi 09.04.2015..ringkas kejadian Dari facebook DAily TRaffic REport melaporkan ,wanita berpurdah itu merempuh belakang lori kontena yang rosak tanpa sembarang tanda amaran.
ALFATIHAH PADA MANGSA.

Gambar di tempat kejadian







Wednesday, 8 April 2015

Muzik Malaysia Membuka Mata Juri Asia Got Talent


Muzik Malaysia Membuka Mata Juri Asia Got Talent 

PROGRAM pencarian bakat paling popular di dunia, Asia Got Talent musim pertama sudah mula terasa kehangatannya selepas bersiaran menerusi saluran AXN Asia.
Musim ini para peserta bakal dinilai oleh empat juri profesional yang merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan dunia.

Mereka adalah Pemenang Anugerah Grammy David Foster, salah seorang anggota Spice Girls iaitu Melanie C, penyanyi popular Indonesia, Anggun Cipta Sasmi dan penyanyi Taiwan, Vanness Wu.
Dalam pada itu, muncul kisah yang membanggakan buat rakyat Malaysia apabila sekumpulan pemuzik yang dikenali sebagai Sada Borneo, berjaya mengangkat muzik tradisional dalam pertandingan tersebut.

Keindahan bunyi muzik yang terhasil gabungan daripada peralatan muzik tradisional dan moden dimainkan mereka menerima pujian luar biasa baik daripada juri profesional mahupun penonton yang hadir.

Apa yang lebih mengujakan, kumpulan Sada Borneo ini menerima empat ‘YES’ daripada kesemua barisan juri dalam uji bakat Asia Got Talent.
Ini sekaligus berjaya melayakkan Sada Borneo ke peringkat seterusnya.

Rancangan hiburan yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian dan komedi ini mendapat penyertaan luar biasa dari peserta pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, India, China dan Korea Selatan.


Jom Like Page  : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage

Johan Bela Diri atas Kes Ciumannya

Johan Bela Diri atas Kes Ciumannya ?

AKSI kontroversi Johan mencium bibir isterinya, Ozlynn saat namanya diumumkan pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat di luar sana.

Tampil mempertahankan perbuatannya itu, Johan berpendapat perkara tersebut bukanlah satu kesalahan memandangkan itu adalah caranya untuk meluahkan dan berkongsi perasaan gembira dengan isteri tercinta yang sentiasa menjadi sistem sokongan nombor satu dalam kerjayanya.

“Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalahan kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah. Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama,” katanya memetik Rotikaya.

Disoal tidakkah perbuatannya itu kelihatan sedikit janggal kerana dilakukan di khalayak umum, Johan mengatakan dia tidak perlu mengambil peduli tanggapan orang ramai terhadap perkara terbabit kerana yang diciumnya itu adalah isterinya sendiri.

“Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah. Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami isteri yang sah. Saya tak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata,” katanya lagi.

Dalam majlis anugerah bertemakan semarakkan cinta itu, Johan berjaya menewaskan empat pencabarnya yang lain iaitu bapa saudaranya sendiri, Salih Yaacob, AG, Deen dan Ebby Halim.

Jom Like Page  : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage

Sam akan Bernikah pada 25 April ini




VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Aida Azira Husin pada 25 April ini bertempat di Dewan Sapura Building, Seri Kembangan.
Mengakui gemuruh menanti hari bahagianya itu, namun Sam gembira kerana hubungan yang dimeterai mereka berakhir ke jinjang pelamin.

“Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-baur.
“Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru,” katanya.

Majlis resepsi belah Sam, 28, yang merupakan abang kepada aktres Siti Saleha ini akan diadakan pada hari sama pasangan ini dinikahkan sementara majlis di belah pihak perempuan akan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.
Sam dan Aida telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Tahniah buat Sam dan bakal isteri!

Gambar-gambar Sam dan Aida:

 

Benjy Dihukum Mati

Benjy Dihukum Mati 

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, yang sebelum ini telah ditahan buat kali keempat, bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.
Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.
Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan. Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jom Like Page  : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage

Sunday, 5 April 2015

Potong Tangan Demi Gelang Emas


Kejadian Dikatakan Berlaku Di Kawasan Berdekatan kip mart tampoi , Johor
Kes pecah cermin kereta , kemudian potong tangan untuk meragut gelang emas ..
Moga Allah jauhkan kita semua dari kejadian sebegini berlaku..
Hati-hati lah kepada akak-akak kalau memandu pakai barang kemas..
Tak sanggup rasanya nak tengok nii .. ngeri rasanya .. takut pun ada ..

Gambar Di Bawah adalah gambar setelah akan ini menerima rawatan di hospital
Zalim sungguh orang yang meragut akak ini .. x berperikemanusiaan ...
Teruk ... masih berdarah lagi dan menerima jahitan yang banyak ...


Jom Like Page  : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage

Saturday, 4 April 2015

Nahas helikopter terhempas di Semenyih



SUASANA suram di unit kecemasan ketika mayat mangsa helikopter terhempas tiba di Hospital Kuala Lumpur.











 

Jom Like Page : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage