Tuesday, 26 May 2015

Australia Village Telah Di Buka



Telah dibuka untuk disewa...
Location : Australia village...
Opppsss.....bukan....di paya rumput je..
Melaka je...




NASA Sah Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud


WASHINGTON DC – Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.
Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.
Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Klik Disini Untuk Video :  http://youtu.be/0hgx0dbzayM

Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet ‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.
Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.
”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.

Klik Disini Untuk Video : http://youtu.be/FHi6LjKuNl4

Biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.
Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.
Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.

Klik Disini Untuk Video : http://youtu.be/hvhuXgZ_LQs

Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.
Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.
”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.

Klik Disini Untuk Video : http://youtu.be/amSpXvyPRrg

Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.
NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar.

Klik Disini Untuk Video : http://youtu.be/zstJj1pcC-I




 

Tuesday, 12 May 2015

Lori Khinzir Terbalik



Kemalangan yang berlaku di Parit 11 Sungai Nibong melibatkan sebuah lori
yang bermuatan haiwan ternakan yang di panggil " khinzir " terbalik

nak projek pun pergi la hotel baru selesa




Astarfirullahhalazim.......
Nauzubillah ...  nak jadi apa dengan budak³ muda zaman sekarang nihh...
Agak² laa nak projek @ beromen pun...pi la hotel baru selesa...
ni taman rekreasi pun jd kerja...  kan dah kena simbah ayaq/air...! 
Mana laa mak bapa depa nk letak muka...jatuh ayaq/air muka dengan 
kelakuan anak yg mengaibkan...! (Lokasi kejadian di alor setar kedah)

Sunday, 10 May 2015

Kanak-kanak 12 tahun ingin jadi ulama




MENJADI pelajar termuda dalam pengajian ‘alim di Perguruan Darul Ghuroba’ Hadramaut, Yaman, tidak menjadi halangan kepada Hasanul Basri Mustafa, 12, untuk menuntut ilmu agama.

Hasanul Basri yang mula ke Yaman yang turut dikenal sebagai bumi sejuta wali itu sejak berusia 10 tahun lagi tidak berasa janggal berada di negara orang biarpun pada usia muda, malah dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat serta suasana di sana dalam masa singkat.

Biarpun dia sedia maklum negara itu sering berlaku pergolakan, namun dia tetap bersemangat untuk meneruskan pengajiannya ke negeri berkenaan.

“Saya tahu banyak pengganas di sana (Yaman), tetapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus menuntut ilmu di bumi sejuta wali demi mengejar cita-cita menjadi seorang ulama.

“Saya memang minat agama dan tidak pernah terfikir untuk berundur dari sana dan akan pergi semula selepas keganasan di sana reda. Mungkin lepas raya (Aidilfitri) saya akan ke sana dan menyambung pengajian di Perguruan Darul Musthofa Hadramaut, Yaman pula,” katanya.


Tak gusar tiada SPM

Bagi Hasanul Basri, menuntut ilmu pada jalan yang dipilihnya sekarang, ditambah usia muda sebegitu bukan satu bebanan, malah dia berasa seronok.

“Saya suka belajar di sana (Yaman), dapat kenal ramai ulama, malah tenaga pengajar juga terdiri daripada ulama,” katanya.

Abangnya, Luqmanul Hakim, 15, yang turut belajar di tempat sama berkata, dia akan berkhidmat di Malaysia sebelum meluaskan dakwahnya ke luar negara setelah tamat belajar nanti.

Hakim mengakui lebih selesa dengan pengajian di Yaman berbanding Malaysia kerana menurutnya, di sana lebih mementingkan ibadah dan adat serta disiplin yang tinggi.

Bagi Hakim, tanpa SPM, dia tidak gusar kerana yakin dengan ketentuan ALLAH SWT bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja dan mampu terlibat di dalam kerjaya profesional suatu hari nanti.

“Dengan izin ALLAH SWT, saya yakin, rezeki-Nya luas dan saya harap suatu hari nanti saya dapat menjadi seorang pendakwah dan membina sekolah agama sendiri,” jelasnya.

Mengakui pada peringkat awal agak sukar berkomunikasi dengan masyarakat di sana, akhirnya Hakim membuat keputusan untuk bergaul dan bertutur dengan masyarakat di sana supaya dia cepat belajar budaya dan bahasa mereka.

“Saya terpaksa ambil masa setahun untuk bercakap mengikut dialek mereka kerana bahasa Arab yang kita belajar di Malaysia agak lain sedikit,” katanya.

Hakim yang memilih pengajian ‘alim di Perguruan Darul Musthofa dan Perguruan Darul Ghuroba’ tidak pernah menyesal dengan apa yang dipilihnya walaupun tidak belajar di aliran perdana seperti segelintir rakan lain.


Ingin kembali ke Yaman

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang baru pulang dari Yaman, dua minggu lepas, Mohd Haaziq Mohd Marzuki, 23, berkata, dia pulang ke kampung halaman di Jalan Pasir Panjang kerana pergolakan yang berlaku di negara itu merisaukannya.

Haaziq baru sahaja menghabiskan pengajian Syariah Islamiah di Ribath Al-Fath, Huraudhah, Yaman, dan masih tinggal di sana kerana mahu menuntut lebih banyak ilmu lagi.

“Saya baru habis belajar dan kini sedang mengikuti kelas hafazan sebagai ilmu tambahan sebelum pulang ke Terengganu di Dar al-Mustafa, Tarim, Yaman.

“Saya memang niat hendak balik kampung tetapi tidak sangka terlalu cepat disebabkan pergolakan yang melanda negara berkenaan. Malah, sijil ketika belajar di Ribath Al-Fath belum sempat ambil,” katanya.

Haaziq yang dahulunya bekas pelajar aliran perdana di SK Chung Hwa Wei Sin, SK Tengku Bariah dan SMK Tengku Bariah tidak menyesal memilih untuk melanjutkan pengajian ke bidang agama kerana minatnya cenderung ke arah berkenaan.

Menurut Haaziq dia memasang niat untuk pergi semula ke Yaman sekiranya ada peluang tetapi jika tidak berkesempatan, dia akan menjadi tenaga pengajar di Madrasah Al-Hidayah, Lorong Haji Da, Batu Burok, di mana tempat dia pernah menuntut ilmu ketika berusia 15 hingga 18 tahun.

“Saya akan mencurahkan ilmu yang ada kepada pelajar di madrasah (Madrasah Al-Hidayah) ini kerana saya pernah belajar di sini sebelum ke Yaman.

"Saya ke Yaman ketika umur 19 tahun dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM,” jelasnya.

Anak kedua daripada lima beradik ini bagaimanapun tidak menyesal tanpa SPM walaupun sebelum ini memiliki slip UPSR dan PMR.

Baginya semua itu (kerjaya) adalah rezeki yang akan ditentukan ALLAH SWT.

Sunday, 3 May 2015

Cantik tapi tidak berguna

 


Baca dan hadamkan ..

Cantik di mata manusia jika perintah Allah di langgari, tiada gunanya ..

Para lelaki, memilih isteri yang beragama tersangatlah penting kerana pilihan kamu itu akan menjadi "madrasah" untuk zuriat kamu nanti. Jika pilihan kamu cantik, mungkin zuriat kamu juga cantik tetapi jika akhlak pilihan kamu tak cantik, kemungkinan zuriat kamu akhlaknya juga tak cantik. Apakah itu yang kamu mahu ? Ingatlah, cantik paras rupa belum tentu beroleh kebahagiaan. Cantik akhlak, in sha Allah until jannah. 

Para wanita, ayuhlah jadi solehah. Bukan solehah di pandangan manusia namun solehah di pandangan Allah. 

Sanggupkah kamu melihat suamimu di azab kerana dosa-dosa yang kamu lakukan ? 

Mahukah kamu nanti anak-anak kamu lebih teruk akhlaknya dari kamu sekarang ? 

Allah. Nauzubillahiminzalik. 

Sedarlah dari keasyikan duniamu. Bangkitlah menuju indahnya akhirat yang kekal abadi.
Berpenatlah di dunia sekarang, di akhirat nanti rehatlah untuk selama-lamanya.

Allahumma solli ala muhammad.

Jom Like Page : https://www.facebook.com/BloggerMalaysiaPage