Celso Santebañes meninggal di hospital
Brazil ‘Human Ken’ meninggal selepas di diagnosis mengalami komplikasi leukaemia 5 bulan yang lalu.
Celso Santebañes, 20 tahun adalah model Brazil yang telah berbelanja £30,000 untuk surgeri muka seperti teman lelaki siri animasi Barbie’s iaitu Ken dan meninggal dunia di Federal University of Uberlândia Clinical Hospital di Brazil pada hari Khamis selepas terseksa oleh pneumonia.
Santebañes telah muncul dan menarik perhatian orang ramai pada dalam satu persembahan ketika berumur 16 tahun untuk memenangi pertandingan pencarian model..
Kegilaan terhadap wajah animasi Mattel’s Ken Doll menyebabkan dia melakukan pembedahan ke atas bentuk wajah muka, hidung dan mulut.
Setelah popularitinya meningkat, dia akan minta bayaran £10,000 untuk setiap kemunculan dirinya dan telah melancarkan patung sendiri yang bernama Celso Dolls di Los Angeles, US, mengikut laporan the Mirror.
Pada bulan Januari akan memulakan “kitaran baru” dalam kehidupan baru, katanya kepada pemberita “tidak lagi kesah akan isu aesthetics.”
“Apa pun yang terjadi. Yang paling penting sekali kesihatan saya dan saya akan melawannya," katanya melalui the Latin Times.
Santebañes telah di tanam semalam. Bapanya, Celia Borges, berkata kepada pemberita: “Bila dia mula untuk mencapai cita-citanya, dia mendapat penyakit dan telah memusnahkan semua impian dia. Dia cuba merancang tetapi Tuhan ada rancangan lain”
No comments:
Post a Comment