Saturday, 28 February 2015
Ayik-asyik cerita pasal pondan nih
Tak boleh jadi. Perkara ni orang perempuan memang sangat arif. Tahap A Tanda. Kita buat tak tahu je dengan kehidupan ini.
KUALA LUMPUR: Pengambilan pil makanan tambahan, pil perancang dan jamu oleh ibu mengandung atau menyusu boleh mengakibatkan kecelaruan jantina bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan.
PENAT BACA PANJANG-PANJANG : TENGOK GRAFIK NI JE
Menurut pakar sakit puan, pil dan jamu yang yang mengandungi hormon estrogen dan testosteron berlebihan mengganggu pembentukan organ seksual bayi.
Akibatnya, bayi perempuan yang lahir atau membesar akan memiliki ciri kelelakian, manakala bayi lelaki akan mempunyai ciri perempuan.
Pembentukan organ seksual memerlukan hormon testostreron untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan.
Dr Amilia Afzan Mohd Jamil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ibu mengandung yang mengambil kedua-dua hormon itu dalam kadar yang berlebihan menyebabkan ada antara bayi mereka yang akan memiliki ciri fizikal (phenotype) yang bertentangan dengan ciri genetik (genotype) mereka.
"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan terutama untuk fungsi seksual yang bukan mengikut saranan perubatan mempunyai risiko yang tinggi terhadap pembentukan bayi kerana diragui mempunyai kandungan hormon yang berlebihan.
"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan yang diragui kandungannya sekiranya diambil dalam semester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) boleh mengganggu proses pembentukan janin dan dibimbangi menjadi salah satu punca berlaku kecelaruan jantina atau ketidaknormalan jantina bagi bayi.
"Makanan tambahan yang mengandungi kadar testosterone yang tinggi pula, sekiranya diambil waktu mengandung boleh mengakibatkan bayi perempuan memiliki ciri kelelakian, contohnya mempunyai klitoris (kelentit) yang besar dan panjang seperti penis (zakar)," katanya kepada BH.
Difahamkan ada kes tempatan, akibat kesan pengambilan makanan tambahan itu seorang bayi perempuan dibesarkan sebagai lelaki kerana saiz klitoris disangka penis sehinggalah gender sebenarnya terbongkar apabila dia mendapat haid ketika berusia 12 tahun.
Amilia Afzan menjelaskan, ada sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang dan jamu yang diambil selepas bersalin pula mengandungi hormon estrogen berlebihan boleh memberi kesan kepada bayi lelaki yang disusukan.
"Kesannya berlaku pembesaran payudara bayi lelaki, manakala pendarahan (seperti darah haid) dari vagina bayi perempuan.
"Kesannya hanya akan hilang apabila ubat itu diberhentikan, bagaimanapun dibimbangi gangguan hormon bayi menjejaskan ciri genetik ketika tumbesarannya," katanya.
Pakar genetik, Dr Roziana Ariffin, berkata ada juga kes walaupun jarang berlaku yang mana perempuan yang akan ada ciri lelaki seperti misai, otot dan suara garau akibat pengambilan seperti 'progestational agents' dan hormon androgen oleh ibu ketika semestar pertama mengandung.
Sunday, 22 February 2015
Che Ta & Zain Saidin Jutawan 1 Malam
AME2015: 7 Sebab Rozita Che Wan & Zain Saidin Confirm Menang Couple MeleTOP
Siapa tak kenal Rozita Che Wan a.k.a Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin memang layak digelar katak bawah tempurung.
Ha… Nak tahu kenapa kami target Che Ta & Zain confirm menang Couple MeleTOP! Nah, ini sebab-sebabnya!
1. I Kiss You. You Kiss Me. Baru Amerika!
Daripada zaman bercinta sampailah sekarang ada sahaja foto-foto panas yang bikin panas punggung haters. Aih. Biaq pi lah. Laki dia!
2. Che Ta & Zain Saidin Jutawan 1 Malam
Masih ingat majlis persandingan mereka yang mega meletop boom boom boom tu? Ha.. saja nak throwback sedikit informasi bahawa Wedding of The Year itu mendapat tajaan mencecah RM 13 Juta daripada Habib Jewels, Bianco Mimosa dan Man Kajang.
Dah dapat isteri mantap, mestilah Zain Saidin pun pasang badan dan ternyata hasilnya sangat membanggakan apabila biceps Zain menunjukkan pengembangan yang ketara.
5. Penjual Pekasam Paling Meletop
Kami rasa, watak yang paling diingati dan sinonim dengan Che Ta adalah Kiah Pekasam. Secara tidak langsung, ‘karya’ hebat tersebut telah menaikkan taraf business pekasam.
6. Romantik Macam 7E ( 24 Jam, 7 Hari Seminggu)
Mungkin mengaplikasikan slogan 7E, Che Ta dan Zain Saidin memang sentiasa lovey dovey. Jangan butthurt!
7. Hei, I Am The Real Superstar!
Dengan percampuran gen-gen daripada kedua ibu bapanya yang awesome, maka lahirlah si comel yang baru-baru ini kami nobatkan sebagai Rich Kids Of Malaysia paling muda.
Saturday, 21 February 2015
PERGHHHHHH MARIA OZAWA SUDAH KEMBALI KE JALAN YANG BENAR KE???
PERGHHHHHH STYLO SUDAH MARIA OZAWA...
Siapa kenal Maria Ozawa. Bintang Porn dari JAPAN.
Saya dengar sudah
bertudung. Betul ke??
Da insaf kah dia? Gambar Betol ke nih ?
Atau persediaan ke alam
perkahwinan pula??
Maria Ozawa Ke Kembar dia nih ?
Korang tau x ? boleh percaye ke nih ?
cantik jugak kan dia nih ? aummmm
Reaksi Siti Bila Jadi Wanita Terkaya Di Malaysia
.jpg)
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) terkejut dengan laporan penyenaraian namanya sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia seperti yang dilaporkan sebuah portal berita beberapa hari lalu.
Menurut penyanyi popular itu, penilaian jumlah kekayaannya sebanyak RM50
juta seperti yang dilaporkan portal berkenaan tidak begitu tepat dan
beliau secara peribadi, kurang senang dengan berita yang sudah menjadi
viral di laman sosial itu.
“Saya ada membaca berita tersebut dan agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Apa yang boleh saya katakan saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Portal berita savemoney.my dalam laporan berita mengenai lima wanita
terkaya di Malaysia menyenaraikan nama Siti Nurhaliza, 36, di kedudukan
ketiga dengan anggaran aset kekayaan mencecah angka RM50 juta.
Kedudukan pertama dalam senarai itu ialah pewaris kekayaan pengasas
Genting Highland, Puan Sri Lee Kim Hua dengan aset kekayaan berjumlah
RM21.32 bilion sementara pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan
Sri Michelle Yeoh pula berada di kedudukan kedua dengan jumlah kekayaan
sebanyak RM875 juta pada 2013.
Dua lagi personaliti wanita Malaysia yang turut disenaraikan ialah bekas
Ratu Cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang berada di kedudukan
keempat serta Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David di kedudukan
kelima.
Penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cindai itu turut menegaskan,
beliau masih lagi bekerja keras dalam bidang seni selain memberi tumpuan
serius dalam cabang perniagaan lain.
“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya
masih bekerja keras dalam bidang seni dan perniagaan dan tidak begitu
tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” ujar
Siti Nurhaliza yang juga pengasas produk kecantikan jenama SimplySiti.
Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi Melayu yang mencapai rekod
cemerlang dalam industri hiburan sepanjang 20 tahun menceburi bidang
seni dengan jumlah anugerah kejayaan yang diraih sepanjang tempoh itu
melebihi 200 anugerah.
Apabila Rozita Che Wan Buat Love Bite – Zain Saidin
Nampaknya, pasangan bahagia ini tak pernah rasa fed up pun dengan kecaman orang ramai mengenai foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram mereka.
Jika dulu foto mereka dikatakan bercium di kota Paris menjadi sebutan, kali ini foto yang kami terima tengah malam semalam daripada followersnya kini mungkin juga bakal jadi sasaran.
Eh… jangan marah kami pula ya sebab buat headline sedemikian. Ayat itu memang kami copy pastebulat-bulat daripada Instagram Zain Saidin setelah kami sendiri melihat kesahihan foto tersebut.
Tapi, sebenarnya bukan lah love bite atau dalam bahasa melayunya ‘gigitan cinta’ yang 18sx itu ya. Ia hanyalah merupakan bekas rawatan bekam yang mungkin dilakukan sendiri oleh Rozita Che Wan terhadap suami kesayangannya itu.
Beruntunglah Zain kan. Walaupun kini sedang sarat mengandung anak pertamanya dengan Zain, Che Ta masih rajin nak buat bekam untuk suaminya itu. Agaknya anda rajin tak? Hehe.
Malah, apa yang lebih mencuit hati saya apabila membaca komen-komen peminat Zain yang entah bagaimana memberi fokus kepada longgokan bag berjenama atas almari. Aih la.. memang powerbetul mata masing-masing!
Saya pun tak perasan pada mulanya. Tapi, biasalah kan. Orang ada banyak duit, sudah tentu akan melabur untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.
Apapun, seronok sebenarnya lihat kasih sayang erat yang terjalin antara Che Ta dengan Zain ini. Barulah forever and ever in love kan?
P/s: Moga berbahagia di samping keluarga.. ceria sangat mereka kan :)
Thursday, 19 February 2015
GEMPAR! Punca Utama Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3 Secara Beramai-Ramai !!!
Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro....
Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.
Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan
pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.....
Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan
tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat
keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan
2014 yang berakhir September lalu.
Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.
Thursday, 12 February 2015
YB Tuan Guru meninggal dunia di rumahnya pada jam 9.45 malam sebentar tadi
Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh tuan guru menuju penciptanya tepat jam 945pm pada malam Jumaat yang agung.
Semoga tuan guru berbahagia, di redhai serta di rahmati di sisi Allah.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
Al-Fatihah ...
Suasana di Pulau Melaka sekarang
Makluman Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah
1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg. Bas-bas disediakan utk membawa org ramai dr Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ke Pulau Melaka.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
Wednesday, 11 February 2015
Wanita telanjang selamba ‘bersiar-siar’ di KL
Kuala Lumpur – Kes wanita ‘bersiar-siar’ dalam keadaan bogel bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara kita biarpun ia boleh dianggap sebagai kes terpencil. Hari ini, tersebar satu lagi video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita bogel sedang diawasi oleh dua anggota polis trafik.
Wanita tersebut dilihat berjalan pantas di atas jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu-lalang di sekelilingnya. Ramai yang mengandaikan dia mengalami masalah mental dan tindakan itu dilakukan di luar kewarasannya.
Hasil carian di Twitter mendapati kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur, namun lokasinya tidak diketahui secara tepat. Jika dilihat pada raut wajahnya, dia mungkin dalam lingkungan usia 30-an.
Isteri Seorang Anggota Polis Ditemui Mati Dikelar Dipercayai Kes Samun
Tanjung Rambutan: Isteri seorang anggota polis ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan dikelar leher dalam kejadian samun dan bunuh di Taman Tanjung Emas di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun yang juga isteri kepada seorang sarjan polis yang berkhidmat sebagai peronda lebuh raya, ditemui tertiarap dalam bilik tidur di kediamannya.
Mangsa ditemui oleh anak lelakinya sendiri yang dikatakan baru pulang daripada berniaga.
Memurut jiran mangsa, pada kira-kira 3 pagi dia mendengar jeritan anak mangsa dan kemudian keluar memeriksa sebelum anak mangsa meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa.
"Ketika ditanya, anak mangsa yang menangis hanya meminta saya memeriksa ibunya di dalam bilik dan saya terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap serta berdarah.
"Saya kemudian terus menghubungi 999 untuk memaklumkan kejadian dan meminta bantuan kerana tidak tahu sama ada mangsa masih bernyawa atau tidak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, sumber polis berkata, tiga suspek termasuk remaja berusia 16 dan 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kejadian pada 9 pagi ini. ─ myMetro online
Monday, 9 February 2015
Snoop Dogg Masuk Islam ?
ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah.
Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali.
Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu.
"Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya.
Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu. - AP
Another Micheal Jackson?Alhamdulillah..
Sunday, 8 February 2015
7 Gambar Kereta Mewah Jep Sepahtu Tau!
Opocot..... rupanya pelawak kegemaran ramai, #Jep Sepahtu sudah mempunyai beberapa koleksi kereta mewah yang tidak begitu diketahui orang ramai rupanya...
Huiyoo....tu diaaaa. Jep Sepahtu dilaporkan memiliki sebuah kereta #Honda Civic berwarna biru yang dahulunya berwarna putih (tukar warnanya)......
#Selain kereta #Honda Civic itu, Jepp juga memiliki kereta #mini cooper berwarna merah yang awesome. Orang bujang katakan...ape ada hal kan. Tahniah Jepp Sepah.......
Wajib Tahu !!! Kita Selalu Tukar Tayar Kereta, Tetapi Tahukah Kita Untuk Memastikan Tidak Terbeli Tayar Expired ???
Info Pasal tayar kenderaan :
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah :
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi
Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh
(Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014)
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Yang Lain.... Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...
ZALIM !!! KATA-KATA PEMBUNUH NURSYUHADA SELEPAS MENGELAR ARWAH
Kata-Kata Terakhir Nursyuhada Johari Sebelum Dikelar Teman Lelaki | Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya ......
Kejadian yang berlaku sekitar 11.55 tengah hari di Kilometer 228.2,
Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, mangsa yang dikenali
Nursyuhada Johari meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika
mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar ...
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa
menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25
tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan...
Sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di
dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti ...
Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk
pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki
kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan ...
Selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan melarikan diri ke hutan
berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil
telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta ...
Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis ..
Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang
dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya
berkenaan ...
Pada masa yang sama, saksi kejadian mendengar suspek berkata tak mampus
lagi ke? selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu
kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya ..
Selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik
mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan
berhampiran ...
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon
bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf
dengan berkata dia telah buat silap ...
Dia kemudian melihat mangsa sambil bertanya dia belum mampus ke??? Suspek
dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya
itu ...
* Silap X Silap ... Yang Salah Tetap Kene Hukuman ...
Wajib Baca !!! 9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya Yang Ramai Tidak Tahu
Gambar Hiasan ...
Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah
tahu ada jugak yang belum tahu macam admin ni kan? Bila kita dah tau,
boleh la kita usaha untuk tidak kalah bila digoda atau diganggu oleh
mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan ...
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
PANAS !!! Pakaian Izara Aisyah Pada Sambutan Hari Lahirnya Yang Sangat Menjolok Mata
Selamat hari jadi buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang
disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur.
Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana
Izara ialah salah seorang duta produk mereka...
Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit...
Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan...
Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit...
Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan...
Sedih !!! Tewas Kepada Zero .. Jep Memberi Komen Yang Sangat Mengharukan ..
Rancangan maharaja lawak mega 2014 baru sahaja berakhir jumaat lalu dengan kumpulan ZERO dinobatkan sebagai juara baru .. Mereka membawa hadiah berupa wang tunai RM500,000.00 ..
Susulan kemenangan kumpulan ZERO , ramai yang ternanti-nanti komen Jep Sepahtu..
Kata Jep : "Sebelum ini mereka ada berjumpa saya dan bercerita mengenai hasrat mereka sekiranya dinobatkan juara..Bagi saya,kemenangan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana ia adalah di saat mereka sangat memerlukan wang..Apapun,mereka memang layak bergelar juara kerana mampu memberikan persembahan terbaik setiap minggu .."
Tahniah jugak admin ucapkan kepada Sepahtu yang menjadi top ranking setiap tahun ...
Inilah Sebab-sebab Kenapa Pekerja Memanggil Siti Nurhaliza Dengan Panggilan Mimpi Ngeri !!!
Seorang pekerja SNP telah menggelar bosnya iaitu penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri di dalam contact number di telefon bimbitnya...
Ada yang bertanya kenapa simpan nombor Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri, adakah kerana dia seorang bos yang garang...
Namun sebenarnya, berdasarkan sumber, pekerja bernama Miela itu seorang pekerja yang rapat dengan Siti Nurhaliza dan suka bergurau dan bersenda dengan Siti Nurhaliza...
Sehinggakan mereka berdua pernah berebut bantal di dalam kereta, begitlah rapatnya hubungan mereka berdua...
Jadi mungkin dia save contact number Siti Nurhaliza sebagau bahan gurauan sahaja. Bukan betul-betul mimpi ngeri pun....
Kiranya perangai mereka berdua ni gila-gila sikit dan juga mendedahkan perangai Siti Nurhaliza sebagai bos yang baik....TERBAIKLAH DATO SITI...
5 FOTO WAJAH-WAJAH SAYU AAISYAH DHIA RANA TERMENUNG JAUH RINDUKAN PAPA DAN MAMA !!!!
Aaisyah Dhia Rana Termenung Jauh Rindukan Papa dan Mama...
Cian die..Papa dan Mama jauh...Jom layan mimik wajah comel Aaisyah yang rindukan Papa dan Mamanya....
Cian die..Papa dan Mama jauh...Jom layan mimik wajah comel Aaisyah yang rindukan Papa dan Mamanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)