Kata-Kata Terakhir Nursyuhada Johari Sebelum Dikelar Teman Lelaki | Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya ......
Kejadian yang berlaku sekitar 11.55 tengah hari di Kilometer 228.2,
Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, mangsa yang dikenali
Nursyuhada Johari meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika
mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar ...
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa
menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25
tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan...
Sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di
dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti ...
Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk
pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki
kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan ...
Selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan melarikan diri ke hutan
berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil
telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta ...
Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis ..
Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang
dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya
berkenaan ...
Pada masa yang sama, saksi kejadian mendengar suspek berkata tak mampus
lagi ke? selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu
kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya ..
Selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik
mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan
berhampiran ...
Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon
bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf
dengan berkata dia telah buat silap ...
Dia kemudian melihat mangsa sambil bertanya dia belum mampus ke??? Suspek
dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya
itu ...
* Silap X Silap ... Yang Salah Tetap Kene Hukuman ...
No comments:
Post a Comment