Selamat hari jadi buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang
disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur.
Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana
Izara ialah salah seorang duta produk mereka...
Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara
beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari
syarikat terbabit...
Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah
menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian
ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan...
No comments:
Post a Comment