Thursday, 12 February 2015
YB Tuan Guru meninggal dunia di rumahnya pada jam 9.45 malam sebentar tadi
Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh tuan guru menuju penciptanya tepat jam 945pm pada malam Jumaat yang agung.
Semoga tuan guru berbahagia, di redhai serta di rahmati di sisi Allah.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
Al-Fatihah ...
Suasana di Pulau Melaka sekarang
Makluman Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah
1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg. Bas-bas disediakan utk membawa org ramai dr Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ke Pulau Melaka.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment