Saturday, 28 February 2015

Ayik-asyik cerita pasal pondan nih




Tak boleh jadi. Perkara ni orang perempuan memang sangat arif. Tahap A Tanda. Kita buat tak tahu je dengan kehidupan ini.

KUALA LUMPUR: Pengambilan pil makanan tambahan, pil perancang dan jamu oleh ibu mengandung atau menyusu boleh mengakibatkan kecelaruan jantina bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

PENAT BACA PANJANG-PANJANG : TENGOK GRAFIK NI JE

Menurut pakar sakit puan, pil dan jamu yang yang mengandungi hormon estrogen dan testosteron berlebihan mengganggu pembentukan organ seksual bayi.

Akibatnya, bayi perempuan yang lahir atau membesar akan memiliki ciri kelelakian, manakala bayi lelaki akan mempunyai ciri perempuan.

Pembentukan organ seksual memerlukan hormon testostreron untuk lelaki dan estrogen untuk perempuan.

Dr Amilia Afzan Mohd Jamil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ibu mengandung yang mengambil kedua-dua hormon itu dalam kadar yang berlebihan menyebabkan ada antara bayi mereka yang akan memiliki ciri fizikal (phenotype) yang bertentangan dengan ciri genetik (genotype) mereka.

"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan terutama untuk fungsi seksual yang bukan mengikut saranan perubatan mempunyai risiko yang tinggi terhadap pembentukan bayi kerana diragui mempunyai kandungan hormon yang berlebihan.

"Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan yang diragui kandungannya sekiranya diambil dalam semester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) boleh mengganggu proses pembentukan janin dan dibimbangi menjadi salah satu punca berlaku kecelaruan jantina atau ketidaknormalan jantina bagi bayi.

"Makanan tambahan yang mengandungi kadar testosterone yang tinggi pula, sekiranya diambil waktu mengandung boleh mengakibatkan bayi perempuan memiliki ciri kelelakian, contohnya mempunyai klitoris (kelentit) yang besar dan panjang seperti penis (zakar)," katanya kepada BH.

Difahamkan ada kes tempatan, akibat kesan pengambilan makanan tambahan itu seorang bayi perempuan dibesarkan sebagai lelaki kerana saiz klitoris disangka penis sehinggalah gender sebenarnya terbongkar apabila dia mendapat haid ketika berusia 12 tahun.

Amilia Afzan menjelaskan, ada sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang dan jamu yang diambil selepas bersalin pula mengandungi hormon estrogen berlebihan boleh memberi kesan kepada bayi lelaki yang disusukan.

"Kesannya berlaku pembesaran payudara bayi lelaki, manakala pendarahan (seperti darah haid) dari vagina bayi perempuan.

"Kesannya hanya akan hilang apabila ubat itu diberhentikan, bagaimanapun dibimbangi gangguan hormon bayi menjejaskan ciri genetik ketika tumbesarannya," katanya.

Pakar genetik, Dr Roziana Ariffin, berkata ada juga kes walaupun jarang berlaku yang mana perempuan yang akan ada ciri lelaki seperti misai, otot dan suara garau akibat pengambilan seperti 'progestational agents' dan hormon androgen oleh ibu ketika semestar pertama mengandung.

No comments:

Post a Comment